Business online

 Hai , selamat pagi semua . Saya Tasha,berumur 21 tahun . Saya seorang pelajar diploma yang mengambil jurusan perniagaan.Dari sekolah menengah lagi pendidikan saya dekat sekolah memang berkaitan dengan perniagaan,keusahawanan dan perdagangan.Saya mula pandai berniaga pada umur 15 tahun , di tingkatan 3 semasa sekolah kami mengadakan karnival keusahawanan di sekolah tersebut.Naik tingkatan 4, saya dah pandai main facebook. Dekat facebook ni la saya jumpa banyak kenalan yang menjual barangan secara atas talian. Siap ada yang menawarkan iklan untuk menjadi ahli dropship. Mula-mula saya tak tahu macam mana join dropship/apa yang kena buat bila dah jadi ds. So saya pun tinggalkan nombor phone saya di ruangan komen. Selang beberapa hari lepastu, ada nombor yang tak dikenali add saya dalam satu group "baju online". Saya pun tanya ni group apa?!
Admin dalam group tu menerangkan bahawa group tersebut adalah group ahli dropship untuk menjual baju-baju online.

Benda yang nak kena buat bila dah jadi ahli dropship ni senang je. Anda tak perlu simpan stok ! Tak perlu keluarkan modal ! Tak perlu pos barang ! Dan tak perlu nak buat COD (cash on delivery).Anda cuma perlu ikut step kat bawah :

1. Promote/iklan barangan jualan anda di sosial media (fb,ig,wc , dll) , anda perlu lah meletakkan gambar produk dan caption yang menarik untuk menarik perhatian pelanggan.kalau boleh jangan letak nombor telefon , kalau pelanggan berminat suruh diorang pm (personal message). Zaman sekarang scammer banyak !

2. Jika ada pelanggan yang pm anda , sila tanya nama,tempat tinggal dan nombor telefon pelanggan tersebut. Untuk mengelakkan penipuan dan memudahkan urusan jual beli. Jika ada whatsapp boleh terus berhubung dengan pelanggan di whatsapp untuk mempercepatkan urusan jual beli.ayat close sales anda perlu la power, yang membuatkan cust betul-betul inginkan barang yang anda jual.

3. Jangan memaksa cust untuk membeli barangan anda dan jangan menunjukkan yang anda sangat terdesak untuk dapatkan sales.

4.jangan mengambil keuntungan yang melampau, hal ini boleh menyebabkan tiada pelanggan yang berminat.

5. Okay ! Kalau dah dapat buat sales , ada cust . Pm supplier untuk cek stock . Kalau stock masih ada , jd supplier akan barang tersebut terus kepada cust anda. Tugas anda selepas dapat cust ialah memastikan cust telah membuat pembayaran keatas barangan tersebut ke akaun anda.Seterusnya maklumkan kepada supplier ingin membeli barang tersebut dan membuat bayaran mengikut harga ds kepada supplier. Selebihnya ada keuntungan anda yang telah anda tetapkan.

6.okay , dah settle membuat pembayaran, hantar detail anda sebagai pengirim kepada supplier (selalunya diorang minta no phone dan nama je, alamat akan guna alamat diorang) dan detail cust anda (penerima).

7.Selepas barangan dipos keluar, supplier akan update nombor tracking . Dan nombor tracking ini anda perlu kongsikan kepada cust anda.

8.Jika barangan telah sampai ke tangan cust anda, jangan lupa tanya feedback diorang tentang produk anda. Ini boleh dijadikan testimoni untuk membina kepercayaan pelanggan yang lain.

Senangkan jadi ahli ds ni, promote2 dah dapat duit tanpa modal sesen pun.tapi pastikan anda bijak memilih supplier, pilihlah yang menjual barangan yang berkualiti dan untuk produk kecantikan dan kesihatan , pilihlah yang mempunyai lulusan kkm. Jangan main jual je tau. Nanti cust komplen , awak jugak yang susah. Lagi2 kalau dapat supplier taknak bertanggungjawab. Jadi lah penjual yang bijak.

Comments