Shopping online di shopee

Hai semua, ni tasha nak cerita sikit pengalaman tasha shopping online di aplikasi shopee!

Barang- barang dekat shopee ni murah tau dan kebanyakan barang diorang ni adalah dari luar negara (china). Saya installed app ni lepas ternampak iklan dia dekat facebook. Punya la murah mak oi . Hahaha.

Nak diceritakan saya explore lah barang-barang dalam app shopee ni. Saya memang sukakan jam tangan , jadi saya cari di kategori watches (women).

Bila keluar , nampak banyak jam yang cantik dan murah. Saya nampak satu jam ni memang cantik , harga pun berbaloi, hanya rm8.00 je seutas jam.jadi saya order la 5pcs ,untuk kengkawan lain.Cara nak beli senang je.


Mula-mula awak pilih barang yang awak nak, then klik beli sekarang , dia akan suruh pilih variasi (kalau ada) contoh: saya pilih variasi hitam.(jam warna hitam). Untuk variasi lain pulak ,awak kena klik balik button beli sekarang ,then pilih variasi baru.lepastu letaklah berapa kuantiti yang awak nak. Lepastu, semua barang-barang dah dalam cart, pi klik semak keluar. Ok . Kat sini dia akan minta awak isi maklumat (address awak) untuk penghantaran. Seterusnya klik proceed to pay, untuk pembayaran, saya pakai online banking je swnang. Nak pakai online banking ni perlu ada maybank2u,cimb click dll.

1. Pilih variasi & kuantiti.


2.Klik "Buy Now". Akan keluar mcm gambar kat bawah :


3. Klik check out dan sahkan alamat penghantaran

4. Payment confirmation .pilih cara bayaran , saya guna online banking (fpx).
5. Okay ! Pastu klik confirm information .dan akan keluar maklumat mcm kat bawah ni :
Okay ! Kalau betul klik place order , kalau ada salah edit balik . Okay?

6. Lepas awak klik place order dia akan suruh pilih bank yg awak pakai. Contoh mcm dalam gambar
Lepas awak dah pilih bank awak , dia akan terus bawa pergi bank secure site . Awak perlu log in dulu dan sahkan tac nombor.click confirm. !

7. Pembayaran berjaya !
Dan pihak shopee yang akan maklumkan kepada seller mengenai pembelian awak. Awak blh hububgi penjual kalau ada soalan ,dan boleh track barang dalam app shoper je. Xperlu track kat poslaju atau lwe. Diorang akan update perjalanan barang uolss dari masa ke semasa.

Okay , dah faham kan ? ,jadi senang dah sekarang nak beli barang hanya dihujung jari sahaja .

Thank you pada yang sudi membaca sampai habis.

Comments